Friday, July 25, 2025

Adakah Anda Mempunyai Harta?

Sudah menjadi lumrah di dalam masyarakat melayu apabila ditanya tentang harta; pasti jawapannya adalah "Kami tak ada harta". 

Tetapi apabila minta disenaraikan secara bertulis, baru sedar bahawa satu muka surat kertas pun tak cukup untuk senaraikan semua harta yang dimiliki; rumah, rumah kedai, kereta, motosikal, basikal, tanah, akaun bank, saham dan macam-macam lagi.

Semasa hayat sibuk mengumpul harta sehingga terlupa untuk merancang apa yang perlu dilakukan dengan harta yang dikumpulkan semasa hidup...Adakah ia dapat membantu si pemilik harta di alam barzakh atau sebaliknya? Tepuk dada, tanya iman anda.

Pemilik harta sepatutnya memastikan segala harta yang ditinggalkan dapat diagihkan kepada waris yang berhak dengan mudah dan lancar tanpa sebarang pertelingkahan dan hak anak-anak di bawah umur 18 tahun terjaga dengan melantik Pemegang Amanah.

Jalan terbaik bagi pemilik harta untuk memastikan semua harta dapat diagihkan kepada semua waris adalah dengan berwasiat.


I have ways of making money that you know nothing of...


No comments:

Post a Comment

Apakah Status Simpanan KWSP Milik Si Mati?

Setiap individu yang mula bekerja di Malaysia, pihak majikan wajib membuka akaun KWSP bagi setiap pekerjanya di mana kedua-dua pihak, pihak ...