Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau. Walau bagaimanapun, apabila pewasiat telah meninggal dunia, tiada pembatalan boleh dilakukan kerana Wasiat tersebut telah berkuatkuasa. Begitu juga waris-waris juga TIADA KUASA untuk membatalkan Wasiat dan/atau membatalkn perlantikan wasi di dalam Wasiat tersebut.
Hanya PERINTAH MAHKAMAH sahaja boleh membatalkan Wasiat atau perlantikan wasi sekiranya Wasiat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Juga, menjadi satu kesalahan jika waris-waris menafikan bahawa pewasiat mempunyai Wasiat sedangkan mereka mengetahui tentang kewujudan Wasiat tersebut.
Berikut adalah peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 (pindaan 2016 ):
Bahagian III - Pembatalan wasiat
SS 12 (a) Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika Pewasiat menarik balik wasiatnya
Bahagian IV– Perlaksanaan Wasiat
SS 15 (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik :
(a) Jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah menarik balik wasiatnya.
SS 16 - Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik balik wasiatnya atas sebab:
(a) Penafian wasiat tersebut oleh orang lain
Wasiat yang lengkap adalah sah semasa hayat pewasiat dan akan berkuatkuasa apabila beliau meninggal dunia. Ini bermakna Wasi yang dilantik wajar melaksanakan wasiat tersebut serta membuat permohonan geran probet di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mengesahkan perlantikan wasi tersebut di sisi undang-undang.
May your heart be light and your day be bright.
No comments:
Post a Comment