Wasiat Mulut adalah wasiat yang dibuat oleh pemilik harta atau dipanggil pewasiat secara lisan, iaitu tanpa sebarang rekod bertulis.
Wasiat sebaiknya dilakukan secara bertulis dan menepati peruntukan undang-undang di Malaysia.
Wasiat secara lisan hanya boleh diguna pakai setelah disahkan oleh Mahkamah Syariah.
Wasiat mulut hanya sah jika pemilik harta atau pewasiat berakal dan sihat tubuh badan dan wasiat itu dilafazkan di hadapan dua (2) orang saksi lelaki yang cukup umur dan berakal.
Wasiat mulut boleh dilaksanakan di dalam dua (2) keadaan sama ada:
i. Apabila mendapat pengesahan ia boleh diguna pakai oleh pihak mahkamah, atau
ii. Semua waris faraid bersetuju untuk melaksanakan wasiat mulut yang ditinggalkan.
Wasiat bertulis adalah kaedah perancangan harta pusaka yang terbaik bagi memastikan ia boleh diguna pakai tanpa perlu melalui proses pengesahan daripada pihak mahkamah.
Selain pembahagian harta, kita boleh melantik Wasi iaitu Pentadbir Harta melalui penulisan wasiat untuk memastikan proses pembahagian harta kepada waris faraid berjalan lancar.
Hidup tak akan menjadi beban jika sentiasa menjalaninya dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment