Harta Bathil adalah harta yang diperolehi atau diambil atau dimakan secara haram di sisi agama Islam.
Allah SWT melarang keras umatNya memakan harta bathil kerana ia adalah satu perbuatan yang zalim dan boleh mengundang kepada kemurkaan Allah SWT.
Salah satu cara bagaimana umat Islam boleh termakan harta bathil adalah apabila harta pusaka yang ditinggalkan tidak diurus dengan sebaik mungkin oleh pemilik harta semasa dia masih hidup atau waris faraid yang ditinggalkan.
Apabila anda gagal urus harta pusaka milik anda semasa masih hidup atau sebagai waris faraid yang mewarisi harta, dosa tercipta kerana:
i. Anda membuka ruang untuk orang memanipulasi harta pusaka
ii. Hutang yang ditinggalkan tidak dilunaskan, sama ada hutang dunia atau hutang akhirat.
iii. Hubungan silaturahim mungkin terjejas akibat daripada pertelingkahan sesama waris berebut harta
iv. Kemungkinan besar termakan harta waris tanpa sengaja atau dengan sengaja dan yang paling dasyat termakan harta anak yatim.
Jauhilah harta bathil kerana ia akan menjadi makanan yang haram yang masuk ke dalam perut kita dan ia akan tumbuh menjadi darah daging. Ia akan memberi kesan yang tidak baik di dalam kehidupan; jiwa dan akhlak kerana tiada lagi keberkatan padanya.
Hidup tak akan menjadi beban jika sentiasa menjalaninya dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment