Monday, July 7, 2025

Siapakah Yang Berhak Dan Layak Menjadi Penjaga Harta Bagi Anak Bawah Umur?

1. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Anak Bawah Umur?


Anak Bawah Umur adalah seorang individu, sama ada anak lelaki atau anak perempuan, yang belum mencecah usia 18 tahun, seperti yang telah termaktub di dalam undang-undang di Malaysia. 

Di dalam konteks pengurusan harta pusaka, anak-anak bawah umur tidak mempunyai keupayaan untuk menguruskan harta pusaka yang dimiliki dan memerlukan bantuan atau pertolongan daripada Penjaga Harta yang dilantik untuk menguruskan harta tersebut sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.


2. Siapakah Yang Layak Dan Berhak Menjadi Penjaga Harta


Menurut Undang-undang Keluarga Islam, bapa adalah Penjaga Utama bagi diri dan harta anak-anak yang belum dewasa iaitu bagi anak-anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah seperti yang termaktub di dalam undang -undang.


3. Susunan Keutaman Penjaga Harta Anak Bawah Umur Selepas Kematian


Penjaga Harta anak bawah umur, termasuk harta pusaka yang diterima melalui faraid akan diserahkan mengikut keutamaan berikut:


i. Bapa kepada Bapa (iaitu datuk kepada anak bawah umur)

ii. Wasi yang dilantik di dalam dokumen Wasiat yang disediakan oleh bapa

iii. Wasi yang dilantik oleh datuk

iv. Wasi kepada Wasi yang dilantik oleh datuk


4. Apakah Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Bagi Seorang Penjaga Harta?


Empat (4) ciri-ciri utama yang perlu ada bagi seorang Penjaga Harta:

i. Dewasa (Umur melebihi 18 tahun)

ii. Islam

iii. Waras akal dan fikiran

iv. Amanah dan berintegriti


5. Bagaimanakah Cara Untuk Melantik Ibu Sebagai Penjaga Harta Anak-Anak?


Mengikut Undang-Undang Mahkamah Syariah di Malaysia, ibu kandung kepada anak-anak bawah umur bukan secara automatik menjadi Penjaga Harta kepada anak-anak tersebut setelah kematian bapa mereka.

Bagi memastikan isteri, iaitu ibu kepada anak-anak bawah umur, diberikan kuasa untuk menguruskan harta anak-anak tersebut, bapa boleh melantik isterinya sebagai Penjaga Harta melalui dokumen perancangan harta pusaka iaitu Wasiat yang disediakan oleh pihak suami.


Harta yang dimiliki oleh anak-anak bawah umur boleh diuruskan dan digunakan oleh Penjaga Harta bagi tujuan sara hidup, pendidikan, perubatan dan dana kecemasan bagi anak-anak bawah umur tersebut.



Hidup tak akan menjadi beban jika sentiasa menjalaninya dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment

Apakah Status Simpanan KWSP Milik Si Mati?

Setiap individu yang mula bekerja di Malaysia, pihak majikan wajib membuka akaun KWSP bagi setiap pekerjanya di mana kedua-dua pihak, pihak ...