Harta Sepencarian di dalam Islam merujuk kepada harta yang diperolehi oleh pasangan suami dan isteri semasa di dalam tempoh perkahwinan yang sah di mana kedua-duanya memberi sumbangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut.
Apabila berlaku kematian salah seorang suami atau isteri, maka pasangan yang masih hidup berhak untuk membuat tuntutan Harta Sepencarian ke atas bahagian harta si mati sebelum pembahagian mengikut hukum faraid dilaksanakan.
Begitu juga jika berlaku perceraian, pasangan boleh menuntut hak ke atas harta yang diperolehi bersama melalui mahkamah.
Apabila membuat tuntutan di mahkamah, ia akan melibatkan kos yang tinggi dan mengambil masa yang lebih lama.
Untuk mengelakkan perkara tersebut, setiap pasangan boleh menyediakan Deklarasi Harta Sepencarian.
Apakah kelebihan bagi pasangan suami isteri menyediakan Deklarasi Harta Sepencarian semasa masih di dalam tempoh perkahwinan?
1. Pembahagian harta yang diperolehi bersama mengikut persetujuan bersama
Kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan cara pembahagian masing-masing dalam keadaan yang rasional dan tenang.
2. Melindungi hak suami dan isteri
Hak suami dan isteri sentiasa dilindungi seperti mana yang dipersetujui di dalam perjanjian tanpa pertelingkahan.
3. Mempercepatkan proses pembahagian
Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu tuntutan di bawa ke mahkamah.
4. Menjimatkan kos dan masa
Menjimaatkan kos guaman kerana tidak perlu membawa tuntutan ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak dan secara tidak langsung menjimatkan masa.
5. Tiada pertelingkahan dan pertikaian
Tiada pertelingkahan akan timbul kerana perjanjian telah merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.
6. Mudah dan selesa
Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak dapat dipenuhi tanpa pertelingkahan.
Lindungilah hak pasangan anda dengan menyediakan dokumen perancangan harta pusaka melalui wasiat dan Deklarasi Harta Sepencarian.
Hidup tak akan menjadi beban jika sentiasa menjalaninya dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment