Apa Itu Barang Kemas?
Barang kemas adalah barang perhiasan yang dipakai, kebiasaannya oleh wanita, untuk menghiasi diri dan dibuat daripada bahan yang berharga seperi emas, perak, platinum atau batu permata seperti berlian, zamrud, delima dan sebagainya. Barang kemas ini adalah rantai leher, gelan g tangan, cincin, subang, loket permata dan sebagainya.
Barang kemas ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi bergantung kepada harga pasaran semasa dan mempunyai nilai sentimental. Barang kemas akan menjadi harta pusaka apabila pemiliknya meninggal dunia.
Mitos Tentang Hak Barang Kemas
Ia menjadi satu tradisi di dalam sesebuah keluarga di mana harta pusaka si mati iaitu barang kemas adalah menjadi milik anak-anak perempuan. Adakah barang kemas mesti dibahagikan kepada anak-anak perempuan sahaja?
Adakah Cara Pembahagian Ini Betul Berdasarkan Hukum Pembahagian Harta Pusaka Islam?
Apabila pemilik barang kemas telah meninggal dunia, barang kemas yang ditinggalkan akan menjadi akan menjadi harta pusaka yang mesti dibahagikan kepada semua waris yang berhak tidak kira lelaki atau perempuan mengikut hukum faraid. Mereka semua mempunyai hak ke atas barang kemas tersebut.
Hidup tak akan menjadi beban jika sentiasa menjalaninya dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment