Friday, July 11, 2025

Apa Itu Wasiat Dan Kenapa Setiap Orang Islam Mesti Berwasiat?

 Apa itu Wasiat?


Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Wasiat berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan ia boleh dipinda oleh pewasiat pada bila-bila masa sepanjang hayatnya dengan syarat pewasiat sihat mental dan fizikal semasa pindaan terhadap wasiat dibuat.


Kenapa setiap orang Islam mesti berwasiat?


1. Melantik Wasi sebagai pentadbir harta agar urusan harta pusaka si mati menjadi lebih lancar, mudah dan cepat. Ia tidak perlu melalui proses pentadbiran yang membebankan dan melibatkan semua waris.

2. Melantik Penjaga Harta bagi anak-anak di bawah umur dan Anak Kurang Upaya (OKU) agar hak mereka terjaga kerana ibu bukan menjadi penjaga harta anak-anak di bawah umur secara automatik.

3. Bagi memastikan semua hutang si mati dapat dilunaskan dan pada masa yang sama mempunyai dana bagi proses pengurusan harta pusaka.

4. 1/3 daripada harta untuk bukan waris seperti anak angkat, cucu, beramal jariah dan lain-lain kebaikan yang boleh dilaksanakan.

5. Amanah di dalam wasiat bagi harta yang ditinggalkan untuk tujuan dan tempoh tertentu.

6. Pesanan Terakhir yang ingin disampaikan kepada pasangan, ibu dan ayah, anak-anak serta keluarga.

Ramai orang yang berlumba-lumba untuk menambah harta tetapi mereka lupa untuk melindungi dan menguruskan harta mereka apabila mereka telah tiada. Jalan keluar yang terbaik adalah dengan berwasiat semasa masih hidup.


Hidup tak akan menjadi beban jika sentiasa menjalaninya dengan ikhlas.

Live More, Worry Less...



No comments:

Post a Comment

Apakah Status Simpanan KWSP Milik Si Mati?

Setiap individu yang mula bekerja di Malaysia, pihak majikan wajib membuka akaun KWSP bagi setiap pekerjanya di mana kedua-dua pihak, pihak ...