Setiap individu yang mula bekerja di Malaysia, pihak majikan wajib membuka akaun KWSP bagi setiap pekerjanya di mana kedua-dua pihak, pihak majikan dan pekerja mencarum di dalam akaun tersebut. Wang KWSP adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Malaysia. Ia adalah wang persaraan bagi pekerja yang tidak berpencen.
Pihak pengurusan KWSP juga mengambil langkah untuk mengagihkan Wang KWSP kepada waris faraid yang berhak jika berlaku kematian kepada pemilik akaun KWSP jika berlaku kematian sebelum mencapai usia 55 tahun.
Setiap akaun Wang KWSP diwajibkan untuk memiliki Penama iaitu bertindak sebagai Wasi atau Pentadbir Harta baghi wang KWSP jika berlaku kematian.
Perlu diingatkan bahawa Penama Wang KWSP BUKAN PENERIMA MUTLAK duit KWSP. Penama hanya bertindak sebagai Pentadbir Harta. Apabila berlaku kematian, adalah menjadi tanggungjawab Penama untuk:
1. Mengenal pasti siapa waris faraid yang berhak
2. Mengagihkan wang KWSP mengikut hukum faraid setelah mengambil kira hutang si mati
Sebagai peringatan buat semua, terdapat banyak kes Penama Wang KWSP yang sepatutnya menguruskan wang KWSP untuk diagihkan kepada waris yang berhak telah menggunakan wang tersebut sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.
Jangan mengambil hak orang lain kerana hukuman daripada Allah SWT amatlah dasyat.